TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI (MARDI AGRO TECHNOLOGY PARK)
Berleluasan 27.39 hektar, Taman Agroteknologi Mardi menawarkan anda sekeluarga pengalaman yang penuh manfaat kerana di sini anda sekeluarga dapat mempelajari banyak perkara berkaitan teknologi-teknologi yang digunakan dalam menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan di Malaysia.Anda dapat melihat lebih daripada 20 jenis pokok buah-buahan seperti buah nanas, buah cempedak, buah belimbing, buah mangga dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, tumbuhan herba juga boleh didapati di sini. Kesemua jenis tumbuhan yang dihasilkan di sini dapat dilihat tanpa perlu mengeluarkan peluh kerana anda akan dibawa meneroka dengan menaiki pengangkutan yang disediakan.Yang bestnya, setelah puas melihat kesemua ladang yang terdapat di sini, anda akan dibawa untuk bersantai di sebuah perhentian untuk menikmati pelbagai jenis buah tempatan yang terhasil mengikut musimnya. Nak tahu apa lagi yang best? Anda boleh menikmati semua ini secara percuma! Sekiranya anda bercadang untuk ke sini,datanglah ketika musim buah yang tak lain tak bukan dari bulan Mei sampai Julai.
DATARAN LANG
Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat DATARAN HELANG sesuai untuk berjalan santai dan bergambar. Terdapat juga beberapa buah kerusi untuk bersantai yang disediakan dikawasan berhampiran. Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.
KOMPLEKS KRAF LANGKAWI(LANGKAWI CRAFT COMPLEX)
Kompleks ini adalah sebuah tarikan yang berkeluasan 98,000 kaki persegi yang terletak sekitar 21 km dari pekan Kuah. Kompleks yang luas ini memiliki dua buah muzium untuk anda terokai iaitu Muzium Warisan dan Muzium Adat Istiadat Perkahwinan. Di sinilah anda dapat melihat dengan dekat bermacam barangan dan artifak peninggalan masa lampau seperti keris dan banyak lagi.
Lepas puas berjalan dalam kawasan yang seluas ini, mesti rasa laparkan? Tak perlu susah-payah cari kedai makan di tempat lain sebab di kompleks ini juga ada sebuah restoran yang menghidangkan masakan tradisional Melayu yang menarik untuk dicuba.
MUZIUM 3D LANGKAWI (LANGKAWI 3D MUSEUM)
Muzium 3D Langkawi adalah salah sebuah tarikan yang terletak di Oriental Village. Muzium ini bertempat di dalam sebuah bangunan 3 tingkat yang mempamerkan bukan sedikit tapi 200 buah lukisan 3D! Ingin lagi sebab kenapa anda perlu melawat muzium ini? Kalau anda nak tahu, muzium ini memiliki koleksi lukisan 3D yang terbesar di negara ini dan antara yang terbesar di dunia! Muzium ini terbahagi kepada 9 zon berbeza iaitu Zon Interaktif 1 dan 2, Zon Malaysia, Zon Akuarium, Zon Klasik, Zon Main Hall, Zon Fantasi, Zon Safari dan Zon Ilusi Optik. Masa yang diambil untuk habis bergambar dengan sepuas hati semua karya realistik di sini adalah antara 3 ke 4 jam.
TAMAN LEGENDA LANGKAWI (LEGEND PARK)
Dibuka pada tahun 1996, Taman Lagenda Langkawi adalah hasil cetusan idea daripada Tun Mahathir. Taman yang berkeluasan 50 ekar ini adalah sebuah lokasi yang perlu dilawati sekiranya anda ingin tenggelam dalam kisah-kisah mitos yang melibatkan Langkawi. Segala bentuk tugu atau ukiran patung yang menggambarkan legenda atau mitos Langkawi dapat dilihat. Ia juga lengkap dengan papan yang menyampaikan kisah di sebalik arca yang dipamerkan, tak ubah seperti sebuah ‘muzium terbuka’. Di samping semua ini, tarikan lain yang turut dapat dinikmati di sini adalah 4 buah tasik buatan yang indah, bukit tinjau yang berketinggian 20 kaki, laluan berlari-lari anak dan banyak lagi!