Peringatan bagi pelajar! 1)Pelajar hanya boleh memuatnaikkan gambar/ catatan/ video/ audio hak milik sendiri. 2)Segala informasi atau maklumat yang ditukil dari lelaman-lelaman web tertentu harus dinyatakan sumbernya agar tiada isu hakcipta. 3)Pelajar mesti meminta izin orang yang diwawancara sebelum memuatnaikkan video/ audio mereka. 4)Jangan muatnaik gambar/ video atau apa-apa jenis maklumat tanpa pengesahan sumber. 5)Elakkan daripada memasukkan maklumat peribadi kamu. 6)Berhemah apabila menulis atau menyuarakan pendapat.
Objektif Tugasan 1) Pelajar dapat memilih informasi yang relevan (daripada interviu/ lelaman web) untuk perbincangan mereka. 2) Pelajar dapat memikirkan soalan-soalan yang berkenaan dengan tema atau tempat yang dilawati apabila sedang mewawancara seseorang 3) Pelajar dapat menghasilkan video berdasarkan kriteria yang telah ditentukan.
Tugasan Pelajar 1) Setiap pelajar (secara berpasangan) dikehendaki untuk merakam perjalanan mereka sepanjang program penyerapan ini menerusi aplikasi Adobe Spark. 2) Rakaman video juga harus diselesaikan pelajar berdasarkan kepada tempat yang telah dilawati.